Monday, 22 September 2014



Zaman Logam di Malaysia
   
      Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Zaman Logam juga dikenali sebagai Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi. Manusia telah berjaya mencipta perahu dan rumah yang diperbuat daripada logam besi. Aktiviti perdagangan juga dijalankan di kalangan masyarakat pesisir di kawasan berdekatan dan kemudiannya ke masyarakat yang jauh.Selain itu, semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).    

              
Ciri-ciri penempatan

          i.        hidup menetap di sesuatu tempat
    ii.    tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
       iii.        tinggal berhampiran dengan sungai,
       iv.        tinggal di atas pokok.
         v.        ada yang masih tinggal di dalam gua.




Kegiatan
      i.         bercucuk tanam
     ii.        menangkap ikan
    iii.        berburu binatang liar di hutan
   iv.        menternak binatang ternakan
    v.        menjalankan perniagaan secara tukar barang.




peralatan

      i.        menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
     ii.        kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.



Kepercayaan

      i.        mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
     ii.        mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
    iii.        upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.
   iv.        menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

Lokasi di Malaysia

Penemuan
i.        menjumpai kapak dan mata lembing di Sungai Tembeling,  Pahang.
 ii.                menemui pisau di Klang, Selangor.
 iii.               menemui sabit di Lembah Bernam, Selangor.
iv.   menjumpai kapak gangsa dan acuannya di Gua Harimau,Perak.
v.                 menjumpai tulang mawas di Raub, Pahang.

No comments:

Post a Comment