Monday, 22 September 2014



Zaman Neolitik di Malaysia

    Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, masyarakat mula bercucuk tanam dan  memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Mereka juga menggunakan peralatan batu yang lebih halus dan mempunyai pelbagai fungsi. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat kerana masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan. Seterusnya, masyarakat  juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang).Cangkerang siput gerus (cowrie) digunakan sebagai nilai tukaran dagangan dalam sistem barter.


Ciri-ciri penempatan

      i.        wujudnya sistem bermasyarakat (ketua membahagikan kerja).
     ii.        tinggal di dalam gua.
    iii.        tinggal di kawasan yang berhampiran dengan sungai.



Kegiatan
      i.        bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.

     ii.        memburu haiwan liar.
    iii.        memungut hasil hutan.
   iv.        berdagang secara tukar barang (sistem barter).
peralatan
      i.        mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan  belanga.
     ii.        mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah.
    iii.        mencipta alat untuk mengetam kayu.
   iv.        mencipta pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
    v.        mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan.

Kepercayaan

      i.        mengamalkan kepercayaan animisme.
     ii.        menyembah batu, matahari dan lain-lain.
Lokasi di Malaysia

Penemuan


      i.        menemui pengebumian manusia di Gua Cha, Kelantan.



No comments:

Post a Comment