Monday, 22 September 2014



     Zaman Paleolitik di Malaysia


       Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak. Manusia-manusia awal ini  menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Sebagai contoh, rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong. pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut

Ciri-ciri penempatan

           i.  manusia mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah bagi mencari kawasan  baru  (nomad).
            ii.  tinggal di  luar gua dan di dalam gua.
          iii.  hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam.




Kegiatan
      i.        memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya. (dijadikan bahan makanan dan pakaian).
     ii.        memungut hasil hutan seperti buah-buahan, pucuk-pucuk daun dan rotan.
    iii.        mengamalkan cara hidup sara diri.






peralatan
      i        menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
     ii.        alatan batu mereka lebih mengutamakan fungsi berbanding dengan nilai estetika.
  • Kapak Genggam.
  • Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong.
  • Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging.


Kepercayaan

      i.        mengamalkan kepercayaan animisme iaitu mempercayai bahawa benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati.
     ii.        mengamalkan upacara perkuburan. (dikebumikan dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu).
    iii.        wanita menghiaskan diri dengan anting-anting dan gelang.
Lokasi di Malaysia

Penemuan
      i.        Malaysia disahkan merupakan antara negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia melalui pentarikhan saintifik (Kota Tampan).
     ii.        menemui manusia Perak di  Gua Gunung Runtuh.

No comments:

Post a Comment